*M716*
Pandanglah atau merenunglah ke belakang,
untuk menilai segala yang sudah,
merenunglah ke hadapan untuk memikirkan apalagi yang hendak dibuat,
setelah dibuat kaji lagilah,
agar yang tidak kena dapat diubah.
*M717*
Kanak-kanak itu cahaya mata,
boleh membawa cahaya hati,
fizikalnya menyenangkan mata melihat,
kelakuannya dan gelagatnya juga senang mata melihat,
hingga tangisannya pun senang mata melihat.
*M718*
Bila aku renung anak-anakku sedangkan mereka masih kecil lagi,
sebahagian mereka belum bersekolah,
sebahagian besar masih bersekolah ,
hatiku sayu pilu,
bukan sedih tentang makan minumnya,
tapi agamanya, iman dan Islamnya, syariat dan akhlaknya.
Justeru pada hari ini di mana saja dan ke mana saja pergi tidak selamat.
Aku bolehlah didik mereka di rumah,
disipilinkan ibadah mereka,
pimpin akhlak mereka,
beri kesedaran kepada mereka,
tapi di sekolah? di dalam perjalanan?
di tempat membeli belah?
di masyarakat umum sudah tidak selamat lagi.
Bukankah media massa setiap hari memaparkan,
berita pelajar-pelajar terlibat dengan dadah,
dadah diedar di sekolah-sekolah,
di dalam perjalanan anak perempuan dilarikan kemudian dirogol,
pelajar-pelajar menjadi samseng,
bergaduh di luar sekolah,
pemuda remaja melepak di mana-mana,
kidnap berlaku di mana-mana,
pelajar-pelajar sekolah muda remaja sering melakukan zina,
manusia satu sama lain tidak boleh dipercayai lagi,
tipu menipu berlaku,
jatuh menjatuhkan, tuduh-menuduh jadi budaya.
*M719*
Di dalam Islam, seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang berketurunan orang-orang besar, kaya pula, ilmunya lebih daripadanya
bergaji besar, pangkatnya lebih besar daripada pangkat suaminya,
bukanlah satu kesalahan,
cuma di dalam faktor kejiwaan,
suami itu akan inferiority complex (rasa rendah diri),
bila rasa rendah diri, takut atau segan dengan isteri atau malu,
lebih-lebih lagi kalau isteri pula sedar tentang kelebihannya,
iman tiada atau lemah pula,
egonya besar,
dia sedar pula bahawa suaminya segan dengannya,
sudah tentu suaminya takut,
hendak memberi nasihat,
hendak menyuruh dan melarang,
kalaupun suami melaksanakan tugas,
namun isteri tidak akan memberi sepenuh ketaatan kepadanya,
maka si suami tidak ada kemerdekaan yang sepenuhnya,
untuk mengatur dan mengendalikan serta mendidik isteri.
Perkahwinan semacam ini
jangka panjang amat merbahaya,
sudah pasti keharmoniaan keluarga tidak akan wujud,
kalaupun tidak akan membawa perceraian,
kebahagiaan beristeri sudah tentu tidak wujud,
oleh itu perkahwinan seperti ini eloklah dielakkan,
walaupun bukan merupakan satu kesalahan,
di dalam Islam faktor kufu diambil kira,
juga demi keselamatan rumah tangga.
*M720*
Untuk menyuburkan cinta,
jarangkanlah bertemu,
selalu bertemu itu mengurangkan rasa cinta, akhirnya nanti cinta menjadi lesu.
No comments:
Post a Comment