MADAH baru 123


M756
Orang yang kerana ada kekuatan dan kuasa, 
bila benci kepada seseorang, dia kuasai fizikal orang itu, 
tapi tidak dapat menguasai hatinya atau batinnya. 
Orang yang berkuasa itu sebenarnya, lahirnya saja menang, batinnya kalah.

M757
Diantara keistimewaan kepimpinan Rasulullah SAW, 
Rasulullah SAW tidak memberi pengikutnya kekayaan dunia, tidak memberi bintang kehormatan, tidak memberi projek itu dan projek ini, tidak memberi tender itu dan tender ini, tidak menjanjikan rumah besar, dan kenderaan istimewa, bahkan ada pengikut-pengikutnya yang asalnya kaya, jadi miskin kerana Rasulullah suruh korbankan,ada yang mengikut Rasulullah mati disamun,di pulaukan,dikurung,dibakar,dipisahkan dari keluarga,dirampas hartanya,meninggalkan kampung halaman,cacat anggota kerana di seksa,namun demikian ketaatan mereka kepada Rasulullah SAW tidak berbelah bagi,sangat setia sabung nyawa pertahankan Rasulullah SAW,tapi pemimpin-pemimpin negara terutama di zaman moden ini,pemimpin memberi kepada pengikut-pengikutnya,bermacam-macam nikmat duniawi,ada orang yang boleh menjadi kaya instant dibuat oleh pemimpin,hingga golongan-golongan lain tersinggung dan sakit hati terasa 
dianak tirikan,namun demikian pengikut-pengikut nya pemimpin itu tidak juga setia,ketaatannya pura-pura,di belakang mengata,ada yang sanggup mengata berdepan-depan,ada yang berusaha menjatuhkan,apakah rahsianya ini? Rahsianya tidak lain tidak bukan ialah Rasulullah menanamkan iman di dada pengikutnya,para pemimpin yang lain menanamkan kebendaan di dada pengikutnya.

M758
Lumrah berlaku di dalam sejarah dunia,dari dulu hingga sekarang,mungkin juga akan berlaku selepas ini,selagi dunia dan manusia wujud,iaitu orang-orang yang hampir dengan raja-raja atau ketua-ketua negara,mereka itulah yang selalu merosakkan raja-raja atau ketua-ketua negara dan juga rakyat jelata,justeru mereka lah memainkan peranan ke atas dan ke bawah,mungkin orang ramai tidak dapat mengesannya,kerana mereka berperanan di sebalik tabir.

M759
Tersalah dan tersilap terlupa dan tersalah faham pada seorang pemimpin itu,rakyat boleh maafkan,sifat ini memang payah hendak di elakkan tapi kalau sudah di sengajakan,memang dari kesedaran dan faham,memang ada niat melakukan kesalahan,membuat salah dengan faham,kerana ada keuntungan,ini rakyat tidak boleh maafkan,cuma rakyat tidak boleh membuat apa-apa,mereka tidak ada kuasa,dia teruslah berkuasa.

M760
Janganlah kita berbangga dengan kuasa yang ada,sejarah dunia telah memaparkan kepada manusia,selalunya orang jahat terlalu ramai diberi kuasa dan yang sedikit itu pun kuasanya tidak lama,jika kita orang yang berkuasa agaknya kita pemimpin yang mana,yang pertama atau kedua?!.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah