Kaabah

*10 PERKARA UNIK TENTANG KAA'BAH YANG PERLU KITA AMBIL TAHU.* 
(Oleh: Ustaz Haji Suhaimi Al- Azhary)

Kaa’bah  merupakan sebuah tempat yang menjadi pengukur arah kiblat bagi umat muslim dan digunakan untuk mejalankan ibadah haji. Banyak kisah-kisah menarik dalam sejarah Islam bercerita tentang pembangunan Kaa’bah.
Kaa’bah sinonimnya dikenali sebagai bangunan berbentuk persegi dan diselimuti kain hitam. Tahukan anda, Kaa’bah memiliki beberapa fakta menarik yang jarang diketahui ramai. Di sini kongsikan 10 di antara perkara menarik tentang Kaa’bah yang anda perlu tahu.

*1. Kaa’bah Dibina Beberapa Kali* 
Kaa’bah pernah rosak akibat terkena bencana alam seperti banjir dan termasuk juga akibat serangan. Oleh kerana itu Kaa’bah pernah dibina semula beberapa kali. Menurut pakar sejarah, Kaa’bah pernah dibina semula sebanyak 12 kali.
Pengubahsuaian yang terakhir adalah pada tahun 1996 dengan menggunakan teknologi pembangunan terkini yang lebih kuat dan kukuh.

Tahukah anda, Nabi Muhammad S.A.W, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Nabi Adam juga pernah turut serta dalam proses pembinaan Ka’bah? ... Kisahnya panjang.

*2. Warna Kiswah Kaa'bah* 
Dahulu Kiswah berwarna-warni, adakalanya ditukar dengan warna merah, hijau dan putih. Namun sekarang Kaa’bah diselimuti dengan kain hitam dengan sulaman kaligrafi dari benang emas. Inilah satu-satunya warna yang digunakan sehingga sekarang.

*3. Bentuk Kaa’bah* 
Kaa’bah pada asalnya bukan berbentuk petak persegi, tetapi terdapat satu bahagian berbentuk melengkung. Semasa ia dibina semula oleh Kaum Quraish, mereka kehabisan dana sebelum sempat disiapkan. Oleh kerana ini Ka’bah dibangunkan semula lebih kecil dari bentuk asalnya. Ruang yang ditinggalkan itu kini dipanggil Hatim atau Al-Hijr.

*4. Kaa’bah Memiliki 2 Pintu* 
Asalnya Kaa’bah memiliki 2 pintu dan satu tinggkap, satu untuk masuk dan satu pintu lagi untuk keluar. Tetapi sekarang Kaa’bah hanya mempunyai satu pintu sahaja tanpa tingkap.

*5. Di Dalam Kaa’bah* 
Seringkali menjadi pertanyaan, apa yang ada di dalam Kaa’bah sebenarnya. Kaa’bah disokong oleh 3 batang tiang di dalamnya. Di dinding pula terukir nama-nama tokoh-tokoh hebat yang pernah membangunkan Ka’bah. Pada bahagian atas pula terdapat kain hijau dengan ukiran ayat-ayat Al-Quran. Di penjuru dalam Kaa'bah ada pintu dan tangga untuk naik keatas Kaa'bah yang selalunya dibuka 2 kali setahun ketika penyucian Kaa'bah dan pertukaran Kiswah Kaa'bah.

*6. Hajar Aswad* 
Batu Hajarul Aswad dahulunya merupakan seketul batu yang besar, tetapi sekarang ia terbahagi kepada 8 keping pecahan dengan saiz yang berbeza-beza. Semuanya kini diletakan dalam satu bingkai perak.
Di antara faktor yang menjadi kerosakan Hajar Aswad adalah disebabkan banjir dan pernah dicuri. Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang membuat bingkai perak untuk Hajar Aswad.

*7. Kunci Kaa’bah* 
Hanya satu keluarga yang memegang kunci Kaa’bah iaitu mereka dari keturunan Bani Shaiba. Ketika Nabi Muhammad menyerahkan kunci kepada Osman bin Talha, waktu inilah Osman bin Talha mengatakan kunci Kaa’bah ini akan dipegang oleh keluarganya secara turun-temurun sehinggalah kiamat.

*8. Kaa’bah Dibersihkan 2 Kali Setahun* 
Kaa’bah dibersihkan 2 kali setahun iaitu pada pertengahan bulan Sya’ban dan selepas musim haji. Ia dibersihkan dengan satu campuran pencuci khas daripada air Zam-Zam. Setiap kali aktiviti ini, gabenor Mekah akan menjemput beberapa orang kenamaan untuk menyertainya bersama.

*9. Pintu Kaa’bah Pernah Dibuka Untuk Semua Orang* 
Alangkah beruntungnya jika dapat masuk ke dalam Ka’bah. Dahulu pintu Kaa’bah dibuka untuk semua orang, ramai orang masuk ke dalamnya untuk berdoa. Semakin hari semakin ramai, sehinggalah ia tidak boleh menampung jumlah yang banyak.
Disebabkan ini pintu Kaa’bah ditutup dan sekali-sekala hanya dibuka untuk tetamu khas sahaja.

*10. Tawaf Tidak Pernah Berhenti.* 
Ini fakta paling menarik tentang Kaa’bah dan mungkin sukar untuk dipercayai. Tawaf disekitar Kaa’bah tidak pernah berhenti kecuali ketika adanya doa berjemaah. Bahkan semasa berlakunya peristiwa banjir, orang melakukan tawaf dengan berenang.
Dan yang terkini ketika Masjidil Haram ditutup ketika wabak Covid-19 juga tidak terputus tawaf dilakukan oleh petugas yang menjaga dan bekerja bahagian pembersihan dan sebagainya didalam Masjidil Haram... Malah ada kejadian yang pernah diviralkan terdapat sekumpulan burung merpati yang melakukan pusingan dikeliling Kaa'bah seolah-olah bertawaf di Kaa'bah, dan kejadian itu berkali-kali berlaku.

Inilah sedikit ringkasan yang dapat saya kongsikan disebalik keunikan Kaa'bah yang perlu kita ambil tahu...

Mudah-mudahan Wabak Covid-19 ini segera diangkat oleh Rabbul Jalil Allah A'zza wa Jalla, dan semua ummat islam dari seluruh dunia dapat menunaikan Haji dan Umrah seperti sediakala, Allahumma Amiin, Amiin Ya Rabbal A'lamiin.
.....................................

Assalamu a'laikom wa Rahmatullah...
 *** *Tolong Viralkan@Sebarkan, mungkin ada yang berhajat* ***

*PENYERTAAN DIBUKA SEMULA* 

*# WAQAF AL-QURAN DI MASJIDIL HARAM* 
(RM80 Senaskah @ Cetakan Madinah)

*# WAQAF KERUSI RODA DI MASJIDIL HARAM*
(RM330 Sebuah kerusi roda) 

*# UPAH BADAL UMRAH* 
(RM450 @ Bagi Yang Uzur tiada harapan sembuh ataupun Yang Telah meninggal dunia)

*Peluang Anda mewakafkan dan laksanakan untuk diri Anda ataupun untuk mereka yang disayangi (sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia)* 

Untuk Keterangan & Pendaftaran sila hubungi:

*+6 017 690 3007 / +6 010 8996 927* 
(Call/Sms/WhatsApp)

Ustaz Hj.Suhaimi Bin Hj. Man Al-Azhary.
CEO/Group Managing Director 
MIDDLE EAST TRAVEL GROUP SDN BHD.
/Chief Mutawif Hajj & Umrah Asia - Makkah Al-Mukarramah
/Pakar Rujuk Ibadah Haji & Umrah.

Tekan link untuk terus WhatApp
http://wasap.my/60176903007/DAFTAR_WAQAF_AL_QURAN_DI_MASJIDIL_HARAM_MAKKAH

Tekan link untuk terus WhatApp
http://wasap.my/60176903007/DAFTAR_WAQAF_KERUSI_RODA_DI_MASJIDIL_HARAM_MAKKAH

Tekan link untuk terus WhatApp
http://wasap.my/60176903007/DAFTAR_UPAH_BADAL_UMRAH_

Tekan link untuk terus WhatApp
http://wasap.my/60176903007/DAFTAR_UPAH_BADAL_HAJI_MUSIM_1442H/2021M

Tekan link untuk terus WhatApp
http://wasap.my/60176903007/DAFTAR_KORBAN_DI_MAKKAH_MUSIM_HAJI_1442H/2021M

Tekan link untuk terus WhatApp
http://wasap.my/60176903007/DAFTAR_WAQAF_PERIGI_PAM_AIR_BAGI_YANG_TERSANGAT_MEMERLUKAN_DI_KEMBOJA

Middle East Travel Group Sdn. Bhd. (METG) 
R.O.C:1086982-D KPK/LN: 7932
2-1-40, 1 st Floor, Wisma Rampai,
Jalan 34/26 Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel/Fax: +6 03 4143 4000
Hotline: +6 017 690 3007
Email: metg.umrah2u@gmail.com
/ metg.travel@gmail.com
Website: www.metg.com.my
Facebook: MiddleEast TravelGroup
Youtube: METG TV Channel.

Akaun Khas METG:
AFFIN BANK.
METG MANAGEMENT.
Acc.No: 105040032645.

*Seeruu A'la Barakatillah*

#Persiapan Diri Sebelum Mati.
#Bantu Si Mati Sebelum Mati.
Jika Bukan Kita Siap Lagi.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah