Tuhan, Aku Ini Hamba-Mu




Aku sembah-Mu Tuhan, aku tidak meminta pahala.
Aku sembah-Mu atas dasar aku adalah hamba.
Patut aku sebagai hamba-Mu kerana Engkau Tuhanku, penciptaku.
Kelemahanku di dalam ibadah, aku harap kemaafan-Mu.
Kekurangannya aku harap dengan rahmat-Mu, Engkau tampung sahaja.
Di waktu aku lupa, ingatkan aku.
Ketika aku buat dosa, sedarkan aku agar aku bertaubat.
Apabila aku bertaubat, terimalah taubatku.
Jika aku buat dosa lagi, ingatkan lagi agar aku bertaubat.
Setiap kali aku bertaubat, terimalah lagi taubatku.
Hidup ini adalah terlalu seni.
Kerana seninya, payah hendak hidup yang bersih lagi murni.
Berilah aku hidayah dan taufiq selalu.
Agar aku pandai hidup yang begitu seni.
Adakalanya aku buat salah, tapi tidak tahu.
Kalau bukan petunjuk-Mu, tidak mungkin aku hidup di dalam keadaan yang murni.
Jika bukan taufiq-Mu, tidak mungkin aku dapat selarikan yang lahir dengan yang batin.
Biarlah lahir menunjukkan yang batin.
Sungguh susah Tuhan, hendak selarikan sikap lahir dan batin.
Kecuali dengan pertolongan-Mu dan pemimpin-Mu.
Pimpinlah aku selalu di dalam kehidupan ini.
Hidup ini banyak sangat liku-likunya, mudah sahaja tergelincir.
Dengan itu, selamatlah aku.
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah