*M851*
Kalau kita rasa susahnya miskin,
terseksanya sakit, 
menderitanya ujian kesusahan
maka jangan kita suka kalau berlaku pada orang lain.
*M852*
Pemimpin yang berkarisma serta banyak memberi manfaat kepada orang, 
pasti dia dikasihi kecuali orang yang hasad dengki sahaja yang membencinya.
*M853*
Biasanya maksiat dan kemungkaran itu meriah tapi jiwa tidak tenang.
Kebaikan itu tidak meriah tapi jiwa tenang.
*M854*
Apabila sebuah jemaah perjuangan kebenaran itu 
Allah kehendaki kemenangan maka Allah-lah yang menjamin segala-galanya. 
Jika sebuah jemaah itu yang inginkan kemenangan maka Allah tidak akan menjamin segala-galanya.
*M855*
Barangsiapa yang celik tentang zaman, dia akan pandai bertindak pada zamannya. 
Barangsiapa yang buta tentang zaman, dia tidak akan pandai bertindak di zamannya.
 

No comments:
Post a Comment