*M811*
Kemudahan hidup yang tiada ketenangan tidak ada erti apa-apa, ketenangan yang tiada kemudahan hidup, masih memberi erti kepada manusia, alangkah indahnya kalau dapat memiliki kemudahan dan ketenangan kedua-dua sekali.
*M812*
Makan jangan sampai kenyang, membuat kerja apa sahaja jangan sampai jemu, badan ada hak setelah letih bekerja, berilah ia kerehatan, agar ia segar semula.
*M813*
Kepandaian sahaja, belum boleh menyelamatkan diri seseorang, kalau tidak dapat hidayah dan taufik dari Tuhan.
*M814*
Rasa kehambaan itu adalah indah, kerana kita terasa ada Tuan yang menjaga kita iaitu TUHAN.
Kalau kita rasa ketuanan, kitalah sendiri yang menjaga diri kita.
Kalau banyak perkara kita tidak dapat melindungi diri kita, kita akan kecewa dan putus asa.
*M815*
Merendah diri bukanlah satu penghinaan kerana kita terasa ada pelindung iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa.
Membesarkan diri adalah satu penghinaan kerana kita terasa tidak ada pelindung, kecuali diri kita sendiri, sejauh manalah kuasa kita?
No comments:
Post a Comment