MADAH baru 122



*M746*
Pemimpin di dalam sesebuah negara atau sebuah jemaah, ibarat tali pengikat di dalam seberkas potongan- potongan kayu. Apabila tali itu kukuh dan kuat, berkas kayu itu akan kuat. 
Tapi apabila tali pengikat itu tidak teguh, berkas kayu itu longgar dan tidak kuat, akhirnya mudah terburai dan terungkai.

*M747*
Kalaulah ketua keluarga benar-benar menjadi bapa kepada keluarga, guru-guru benar-benar menjadi bapa kepada pelajar, ketua masyarakat benar-benar menjadi bapa kepada anggota masyarakatnya, ketua pejabat benar- benar menjadi bapa kepada staf-staf, pemimpin benar-benar menjadi bapa kepada pengikut atau rakyatnya, dunia akan aman, damai, harmoni.

*M748*
Janganlah kita berbangga kalau kita boleh tundukkan manusia dengan kuasa dan senjata serta ugutan penjara,  sedangkan jiwa mereka tidak dapat ditundukkan. 
Ia biasalah berlaku dalam sejarah, kepada penguasa- penguasa dan penjajah dunia, bukanlah perkara luar biasa, tapi yang luar biasa itu orang ramai boleh tunduk pada seseorang itu, kerana wibawa dan akhlaknya, sekalipun tidak ada kuasa dan tentera di tangannya.

*M749*
Biasanya kalau seorang pemimpin itu diikut orang kerana wibawa dan akhlaknya, pasti dia akan dimusuhi oleh penguasa negara yang ada kuasa dan tentera, selalunya dia dipenjara.

*M750*
Selalunya pemimpin yang berkuasa kerana lupa dengan Tuhan, Allah hinakan mereka, dengan cara bila berhadapan dengan isteri, hilang kuasa. Di hadapan rakyat macam singa, di hadapan isteri macam tikus. Di depan rakyat dia meleterkan rakyatnya, di hadapan isterinya dia kena leter atau isteri meleterinya.
Banyak para pemimpin, masih hidup lagi dilupakan orang. Banyak tokoh di berbagai bidang, kalau tidak ditonjol oleh media massa, tidak dikenal orang. Banyak orang-orang yang terkenal, masih hidup lagi namanya hilang. Banyak orang yang ada glamour, setakat beberapa waktu sahaja dikenal orang, lepas itu dia menghilang. Tapi ada pemimpin selepas mati pun disebut-sebut atau dikenang-kenang orang bahkan maqamnya sentiasa diziarahi orang. 
Elok juga kita membuat kajian untuk pengetahuan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah