Kalau setiap detik dan waktu kita rasa bertuhan.
Ke mana kita pergi dan berada, rasa itu dibawa bersama.
Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita.
Terasa didengar-Nya hingga gerakan hati kita.
Luar dan dalam batin kita diketahui-Nya.
Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita.
Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya.
Kalau dia berkata sakit, sakitlah kita.
Jika dia berkata sihat, sihatlah kita.
Bila dia berkata nahas, nahaslah kita.
Dia berkata patah, patahlah kita.
Begitulah seterusnya, Dia berkata pandai, pandailah kita.
Hiduplah, matilah, berlaku pada kita, tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa.
Apabila takut dengan Tuhan, takut pula buat dosa.
No comments:
Post a Comment