*M786*
Kalaulah manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul persaingan dan perbalahan, jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.
*M787*
Perbalahan dan pergeseran, yang berlaku setiap hari, di dalam masyarakat manusia ini, lebih banyak disebabkan oleh kepentingan peribadi dan hasad dengki, lebih daripada disebabkan oleh berlainan ideologi, berlainan mazhab, berlainan kaum dan berlainan agama.
*M788*
Hari ini hidup di dalam serba salah, hendak menyendiri susah juga, kerana tidak ada orang yang tidak perlu kepada orang lain, hendak bermasyarakat pun susah juga, kalau kita tidak melalaikan mereka, mereka melalaikan kita, kalau kita tidak mengata orang, kita mendengar orang lain mengata, kita juga sama-sama berdosa, kalau kita ibadah lebih, dikatakan kita menunjuk-nunjuk, kalau kita tidak menambah ibadah, kita berlalai-lalai pula.
*M789*
Kalau sudah dunia menjadi matlamat, ia telah menjadi buruan, ia telah menjadi ukuran, ia telah menjadi sanjungan, bukan iman dan sifat taqwa, perpaduan jangan mimpi akan lahir, sekalipun di dalam satu parti, atau di dalam sebuah jemaah.
*M790*
Hari ini ibu bapa bukan lagi lambang perpaduan keluarga,guru-guru bukan lagi lambang perpaduan murid-murid, pemimpin jemaah bukan lagi lambang perpaduan ahli jemaahnya, ketua kampung bukan lagi lambang perpaduan penduduk kampungnya, ketua negara bukan lagi lanbang perpaduan rakyatnya, bagaimanakah hendak lahir perpaduan umat, tali-tali pengikat umat telah reput.
No comments:
Post a Comment