MADAH baru 136



*M821*
Cerita yang menarik itu orang tidak akan tertarik hati kalau menceritakannya tidak menarik perhatian, lebih-lebih lagi orang yang bercerita itu tidak ada tarikan.

*M822*
Simpati adalah kerana kasihan, berkorban adalah kerana cinta, berbelanja adalah kerana tanggungjawab.

*M823*
Luruskanlah perjalanan lahir dan batinmu, kerana jalan Allah adalah lurus.

*M824*
Jalan syaitan dan kekufuran itu banyak, pilihlah  mana satu yang hendak ditempuh, tapi jalan Tuhan itu hanya satu, tidak ada pilihan, kalau tidak boleh menempuhnya pasti terpilih salah satu jalan syaitan dan kekufuran itu.

*M825*
Dosa-dosa adalah najis maknawi dan rohani seperti juga najis lahir, membersihkan dan mensucikan najis lahir lebih mudah daripada membersihkan najis maknawi dan rohani.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah