Ada masalah di dalam kehidupan, bukanlah satu masalah.
Masalah memang sudah menjadi sunnatullah di dalam kehidupan di kalangan insan.
Yang menjadi masalah bukan masalah itu,
yang menjadi masalah orang tidak tahu peranan Tuhan.
Tidak kenal Tuhan dan peranan-Nya itulah yang sebenarnya masalah.
Jadi sudah jadi dua masalah.
Yang bukan masalah jadi masalah, yang masalah memanglah masalah.
Apabila tidak kenal peranan Tuhan, masalah itu memanglah jadi masalah, dua kali masalah.
Kalaulah masalah itu adalah jadi masalah, kekasih Tuhan tidak akan ditimpakan masalah.
Kalaulah masalah itu adalah masalah, Rasul, Nabi, Tuhan tidak akan timpakan mereka masalah.
Tapi Tuhan datangkan berbagai-bagai masalah kepada kekasih-Nya, Tuhan tahu pada mereka bukan masalah.
Kerana itulah mereka ditimpakan masalah.
Pada mereka masalah itu adalah ibadah.
Masalah itu adalah pahala dan Syurga.
Masalah itu adalah kecintaan dan keredhaan Allah.
Kerana itulah masalah itu mereka tidak jadikan masalah.
Bahkan mereka rasa bahagia dengan masalah.
Dengan masalah rasa kehambaan mereka bertambah.
Rasa kehambaan itu adalah ibadah kepada mereka,
pangkat dan darjat di dalam Syurga.
Oleh itu Tuhan sering sahaja menambahkan mereka itu dengan berbagai-bagai masalah.
Tuhan bertambah cinta kepada mereka dengan masalah, yang mereka anggap bukan masalah, tapi ibadah.
Maha Suci Tuhan menyeksa kekasih-kekasih-Nya.
Orang yang bodoh sahaja yang tidak faham kerja-kerja Allah.
Pada Tuhan masalah yang ditimpakan kepada kekasih-kekasih-Nya bukanlah masalah.
Kerana itulah Tuhan biarkan sahaja mereka bermasalah.
Dengan masalah-masalah itulah mereka mendapat ketinggian darjat di dalam Syurga.
Sungguh pelik kerja Tuhan, payah hendak difaham oleh orang biasa.
No comments:
Post a Comment