Madah baru 120



*M726*
Biasanya kalau seseorang itu cinta kasihnya terlalu dicurahkan berhabis-habisan kepada seseorang yang dia cintai sebelum dikahwininya, selepas kahwin cinta kasihnya, kalaupun tidak pudar, setidak-tidaknya menurun.
Akan jadilah nanti macam tebu, makin ke hujung semakin tawar.
Di waktu itu mudah saja bercerai, keindahan bersuami isteri sudah tiada lagi.

*M727*
Kebenaran yang dibawa oleh filosof, terlalu sedikit dibandingkan kekarutan dan kesesatannya yang terlalu banyak.

*M728*
Air yang jernih itu ia bermula dari pangkalnya atau dari sumber yang asli.
Apabila ia mengalir ke hilir, makin ke hilir makin keruh, makin jauh dia ke hilir makin lagi keruh.
Begitulah ajaran kebenaran itu, apabila setelah menempuh masa yang lama, sepeninggalan pembawa pertama dan utamanya, makin lama masa berlalu, makin rosak ajarannya.

*M729*
Apabila ketaqwaan kita tidak cukup, dunia pun mempengaruhi kita.
Di waktu itu kalau kita tahu pun kebenaran, namun kita ambil enteng sahaja.
Justeru itu tidak hairanlah kita, 
di akhir zaman selalu saja kita dengar kata-kata yang diucapkan daripada orang yang tahu kebenaran tapi iman sudah lemah:
"Saya menjalankan tugas saja, encik", 
"Saya tidak ada kuasa."
"Saya makan gaji, tuan. Apa nak buat?"
"Periuk nasi, encik."
"Dah semua orang buat, encik."
"Kalau kita tidak buat, apa kata orang?"
"Saya tidak tahu menahu encik."
"Tanyalah orang atas!"
"Apa kita nak buat, kita tidak kuasa."
"Saya cari makan."

*M730*
Pertahankanlah kebenaran sekalipun kalah,
hindarkanlah kebatilan, sekalipun mendapat kemenangan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah