*M761*
Perjuangan itu macam membuka ladang, orang yang boleh meneruskan pembukaan ladang itu di awal hingga akhir, waktu menebang, membakar, membajak, menanam, terlalu kurang berlakunya perselisihan dan krisis, kerana tidak ada apa yang hendak direbutkan, perselisihan dan krisis banyak berlaku, selepas ladang mengeluarkan hasil, timbul rebutan, pecahlah perpaduan.
Begitulah perjuangan, selepas mendapat kejayaan atau kemerdekaan, timbullah krisis yang membawa perpecahan yang hebat,
justeru merebut hasil kemenangan.
*M762*
Agama itu ialah satu keyakinan dan pegangan hidup, lalu diamalkan dan diperjuangkan walaupun salah, di sini dapat kita faham beberapa banyak keyakinan yang telah dijadikan pegangan hidup, diamalkan dan diperjuangkan, seperti idiologi,faham kebangsaan, faham ekonomi, faham pragmatism yang telah menjadi agama kepada manusia, inilah diantara ajaran salah, di akhir zaman ini.
*M763*
Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran, tidak mengapa menerima kekalahan, selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran, oleh itu berjuanglah di atas kebenaran sekalipun kalah.
*M764*
Jadikanlah wang ringgit untuk pengorbanan, ilmu sebagai panduan, iman pembangun jiwa, kekuatan fizikal peyumbang tenaga.
*M765*
Allah sengaja hendak menguji atau hendak memberi pahala yang banyak kepada pejuang kebenaran, dengan cara pejuang-pejuang yang bathil itu dipanjangkan kuasanya, memang kalau baca sejarah secara umum, orang yang membawa kebathilan itu panjang umurnya, yang membawa kebenaran pendek umurnya.
No comments:
Post a Comment