*M781*
Perpaduan bukan boleh dengan cakap-cakap sahaja, bukan boleh lobi-lobi, lebih-lebih lagi bukan boleh dipaksa-paksa, perpaduan lahir dari kasih sayang, kasih sayang itu lahir dari sikap kita, iaitu sikap harian kita seperti tawadhuk, pemurah, bertimbang rasa, suka memberi maaf, mudah meminta maaf, bertolak angsur, mengutamakan orang lain, mesra, suka membantu, asas yang diikat oleh iman.
*M782*
Tidak mengapa berjauhan badan, asalkan berdekatan hati, apalah ertinya berdekatan badan, kalau berjauhan hati.
*M783*
Perpaduan yang diikat oleh agama, lebih kuat daripada perpaduan yang diikat oleh ideologi, oleh ikatan darah, oleh ikatan ekonomi,oleh ikatan senasib, oleh ikatan itu umat Islam kalau mahu perpaduannya kuat, jadikanlah Islam sebagai pengikatnya.
*M784*
Kalaulah diantara anak-anak dan ibu bapa, yang begitu rapat perhubungan, begitu juga diantara guru dan murid, setiap hari bertemu, ditemukan oleh keperluan ilmu, yang sangat dikehendaki oleh manusia, begitulah seterusnya perhubungan suami isteri, yang ada hubungan dengan tuntutan fitrah semulajadi, satu sama lain perlu memerlukan, tidak wujud perpaduan, tidak lahir keharmonian, apakah boleh didapati di tempat-tempat lain, sudah tentu tidak mungkin.
Mengapa hati tidak bertaut?,bertemu selalu berjumpa kerap berlaku, duduk sudah berada di bawah satu bumbung, mari kita fikirkan bersama, mari kita cari puncanya, Insya Allah, kita akan jumpa jawabannya.
*M785*
Kalaulah manusia di dunia ini, Allah menjadi matlamatnya, keredhaan Allah menjadi buruan, dia tidak berlaku persaingan, dan seterusnya tidak akan timbul perbalahan, tapi bila dunia telah menjadi matlamat, kemudian berusaha mencari keredhaan orang, akan berlakulah persaingan, kemudian timbul perbalahan, hingga membawa peperangan.
No comments:
Post a Comment