MADAH baru 137


*M831*
Barangsiapa rasa tidak aman berhadapan dengan mati, itulah mudah-mudahan menjadi aman ketika hendak mati dengan rahmat Allah.

*M832*
Orang yang tiada ilmu, walaupun ingin menempuh jalan Allah, namun dia tidak akan dapat menempuh jalannya, kerana jalan itu bersifat maknawi dan rohani, yang tidak dapat dilihat oleh mata, kecuali dapat disuluh oleh akal dan dirasa oleh rohnya.

*M833*
Buatlah persiapan untuk dunia yang sementara waktu dan buat persiapan untuk Akhirat sesuai pula masanya yang akan diukur dengan waktu lain.

*M834*
Barangsiapa yang membuat kebaikan kerana nama dan glamour, di waktu tidak boleh menempah nama dan glamour, dia akan menyesal dan kecewa dan dia akan berhenti membuat kebaikan. 

*M835*
Orang yang tiada ilmu ketuhanan dan syariat-Nya,  sekalipun dia sedar dan insaf ingin kepada Tuhan, namun demikian dia tidak nampak jalan kepada Tuhan, dia tetap sesat jalan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah