SOAL MAKNAWI SUKAR DIRASA



Rupanya kalau barang-barang murah atau mata benda yang murah,
sama ada tidak dimiliki atau ada dimiliki, semua manusia terasa.
Atau setiap orang yang empunya atau tidak berpunya itu sedar.
Orang yang kaya dengan harta, dia sedar yang dia kaya.
Orang yang miskin juga dia sedar yang dia tidak empunya.
Orang yang berumah besar dan cantik, dia sedar memiliki itu semua.
Juga orang yang rumah kecil dan buruk, dia juga sedar yang demikian itu.
Begitulah seterusnya orang yang bermuka cantik, dia sedar yang dia cantik.
Orang yang muka buruk juga sedar yang dia bermuka buruk.
Tapi malang sekali, orang yang tidak dapat hidayah, dia tidak sedar tidak dapat petunjuk-Nya.
Orang yang tidak miliki iman, tidak terasa tidak punya iman.
Juga orang yang tidak terasa tidak bertuhan, ia tidak terasa dia tidak merasa bertuhan.
Begitu juga orang yang hatinya penuh mazmumah seperti sombong, riyak, ujub, dia tidak terasa ia miliki itu semua.
Rupanya di dalam hidup ini benda yang zahir mudah dikesan.
Perkara-perkara yang maknawi dan rohani payah diketahui.
Kerana itulah lumrah manusia di dunia ini sibuk dengan soal-soal lahiriah.
Sama ada yang positif, mahupun yang negatif.
Perkara-perkara maknawi dan rohani manusia tidak mempedulikan.
Kerana itulah persoalan iman, hidayah dan taqwa kurang dipersoalkan.
Persoalan mazmumah jarang diambil perhatian.
Orang hanya sibuk-sibuk dengan persoalan luaran.
Soal-soal di dalam terabai dan dicuaikan.
Kerana itulah penyakit masyarakat susah hendak ditumpaskan. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah