*M826*
Rintihan hati orang yang berdosa itu sangat dikasihi oleh Allah, air matanya boleh menggugurkan dosa-dosanya, basahnya air matanya boleh memadamkan api Neraka.
*M827*
Alangkah malangnya orang yang menyembah Allah dan mengikut syariat-Nya, sudah tidak lagi rasa takut dan berdosa kepada Tuhannya, kerana ia telah mencabut rasa kehambaan di dalam hatinya, Nerakalah padahnya.
*M828*
Takutkan Tuhan itu boleh mencairkan dan menghancurkan dosa, seperti besi boleh dicairkan oleh api.
*M829*
Kenyangkanlah akal dengan ilmu dan pengalaman, kenyangkanlah hati dengan iman dan keyakinan, laparkanlah perut dengan makanan, nescaya Allah akan kurniakan ilmu hikmah.
*M830*
Tangisilah dosa-dosa kita. Kalau belum boleh menangis, buat-buatlah menangis kerana menangis itu tradisi orang soleh.
No comments:
Post a Comment