Kalaulah Kenal Tuhan

 

Kalaulah orang kenal Tuhan
Kalaulah orang kenal peranan Tuhan
Jika orang tahulah Tuhan diperlukan
Kalau orang fahamlah kasih sayang Tuhan
Manusia sanggup berjuang kerana-Nya.
Manusia sanggup berkorban kerana Tuhan
Manusia sanggup menderita kerana-Nya
Manusia sanggup gadai nyawa kerana Tuhan
Kalaulah manusia tahu Tuhan adalah segala-galanya
Manusia sanggup terima ujian kerana-Nya.
Sanggup buat apa sahaja kerana-Nya.
Manusia sanggup jadi apa sahaja kerana Tuhan
Kalaulah manusia faham Tuhan ini siapa sebenarnya
Dia adalah pengurus seluruh keperluan kita
Sudah tentu manusia jatuh cinta
Manusia akan hidup mati kerana-Nya
Cintailah Tuhan, Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan, cinta yang paling mahal
Cintakan selain Tuhan, adalah cinta murahan.


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah