MADAH baru 132



*M806*
Tersalah jalan kemudian tahu, ada harapan membetulkan. 
Tersalah jalan di dalam kejahilan biasanya tersesat sepanjang jalan.

*M807*
Ilmu falsafah adalah logik atau terasa logik. 
Ilmu wahyu ada yang logik ada yang tak logik, semuanya benar.

*M808*
Di akhir zaman, membangunkan Islam mesti digandingkan sama dengan kekayaan,  baru boleh orang terima, kalau kekayaan sahaja pasti tersesat, kalau agama sahaja pasti tempang dan ditolak orang.

*M809*
Agama yang berhubung dengan Allah semata, itulah aqidah dan ibadah, yang berhubung dengan manusia itulah dia syariat dan muamalat.

*M810*
Keimanan, keamanan, ketenangan dan kebahagiaan adalah harta maknawi dan rohani yang tidak boleh dinilai dan tidak boleh ditukar ganti. 
Kemajuan dan pembangunan material adalah bersifat lahiriah yang membawa kemudahan, tidak menjamin membawa ketenangan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah