*M736*
Alangkah sedihnya negara maju,
pemandangan cantik,
perhubungan mudah,
tapi manusia yang miskin terbiar sendiri.
Kalau ada yang membantu, untuk publisiti.
Orang kaya makan sendiri, membantu jauh sekali.
Orang alim membawa diri, jaga diri sendiri.
Muda-mudi atau muda remaja berfoya-foya atau berpeleseran, jadi bahan caci maki.
*M737*
Rakyat di dalam sebuah negara itu, adalah ibarat batu bata yang berharga.
Setengahnya tidak boleh dipakai lagi kerana pecah-pecah, dan setengahnya masih elok lagi,
tapi malangnya tidak ada lagi arkitek atau juru bina untuk membangunkan batu bata itu menjadi rumah.
Sayang sekali batu bata itu terbiar dengan percuma.
Begitulah rakyat sebuah negara,
setengahnya tenaga mereka tidak boleh lagi di gunakan.
Kerana telah terlibat dengan dadah dan budaya lepak,
dan ada yang masih baik lagi
tapi tidak ada pemimpin yang mampu menggunakan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan negaranya.
*M738*
Hendaklah menjadi orang alim,
tapi jangan mengaku alim.
Jadilah orang alim,
tapi jangan membuat-buat alim.
*M739*
Janganlah jadi alim pelita,
orang terang kita binasa.
Jangan jadi alim berkata-kata atau cerita,
tapi jadilah alim mengkota.
*M740*
Keindahan orang alim itu ialah tawadhuk, penyayang, pemurah.
Jika kaya, keindahan orang kaya itu pemurah, tawadhuk dan penyayang.
No comments:
Post a Comment