Syirik Terhadap Tuhan


Siapa yang beribadah dan dapat membuat baik, 
dia rasa hasil usahanya, bukan anugerah Tuhan, 
dia syirik dengan Tuhannya.
Dia membuat baik hasil kemampuannya, 
dia telah melupakan Tuhannya.
Dia tidak beradab lagi dengan Tuhannya.
Padahal usaha itu adalah kuasa dan kehendak Tuhannya.
Segala-galanya adalah dari Tuhan yang berkehendak.
Kehendak kita itu adalah kehendak Tuhan.
Kalau Tuhan tidak berkehendak, kehendak kita itu tidak akan diciptakan.
Kalau bukan kuasa Tuhan dan kehendak Tuhan, kita tidak akan berkehendak.
Kita tidak akan berkehendak kalau bukan kehendak Tuhan.
Kalau bukan kehendak Tuhan, usaha kita tidak akan ada.
Ramai orang terperangkap dengan usaha-usahanya.
Ramai orang syirik dengan Tuhan oleh usaha-usahanya.
Begitulah seterusnya orang rasa berjaya dengan  kebolehannya, 
syirik dengan Tuhan.
Orang merasa dengan kepandaiannyalah dia berjaya, 
syirik dengan Tuhan.
Orang yang rasa beribadah dengan tenaganya, 
syirik dengan Tuhan.
Kerana itulah Tuhan ajarkan kita apabila berjaya, bertasbih sucikan Tuhan, 
memuji-Nya dan meminta ampun kepada-Nya.
Supaya syirik bersih dari perasaan kita. 
Kerana syirik itu sangat halus datang di dalam hati.
Adakalanya tanpa disedari ia menyelinap di dalam jiwa.
Kalau Tuhan tidak selamatkan, kita susah hendak elakkan syirik khafi.
Berhati-hatilah kita berperasaan, agar ia tidak menipu kita.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah