M771
Sibuk bekerja, membaca, berjuang tidak ada salahnya bahkan adakalanya dipuji, tapi kalau buat-buat sibuk atau menyibuk, orang benci dan kerja pun tidak jadi.
M772
Akhir di dalam suatu perjuangan, laksana penghuni sampan di laut...
Ada orang awal-awal lagi keluar dari sampan kerana takut sampan yang kecil hendak mengharungi lautan yang luas lagi dalam.
Sesetengahnya waktu mula mengharungi lautan, sampan berlenggang ke kiri ke kanan, terjungkit-jungkit ke depan dan ke belakang,
dia rasa bimbang, keluar pula dari sampan.
Ada setengahnya apabila ribut menyerang, gelombang besar memukul sampan, sampan terumbang ambing di tengah lautan,
kerana takut, terjun dari sampan. Sesetengahnya apabila sampan sampai ke darat, ke destinasi yang di tuju iaitu pulau idaman,
kerana seronok memakan buah- buahan, minum air yang menyegarkan, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, dengan pemandangan yang indah, dengan rezeki yang melimpah ruah,
tidak ingin lagi naik ke sampan mengharungi lautan.
M773
Selepas sehari suntuk manusia memerah fikiran, mengguna tenaga, fikiran letih, badan lesu, jiwa lemah. Kuatkan dengan Al Quran dan zikrullah, agar kita tidak jemu dengan kerja dan tidak bosan dengan perjuangan.
M774
Apabila kita diuji, terutama di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dengan kesusahan atau penderitaan, atau dengan tekanan dan penzaliman, baru tahu siapa kita, baru kita sedar selama ini kita berjuang kerana apa?!
Kita gigih untuk apa?!
Kita berani untuk tujuan apa?!
Cuba suluh kembali cita-cita kita?!
Apa yang tersilap di dalam hati kita?!
M775
Kalaulah kecemerlangan itu semata-mata diukur di sudut ilmu pembangunan, di aspek kerohanian dan akhlak tidak diambil kira, cukuplah orang Babylonrat menjadi ikutan kita.
Jika kita menyebut Rasulullah atau Al Quran, atau sunnah itu hanya semata-mata hendak mengelabui mata umat Islam, untuk menyokong+: kita, bukan pegangan dan amalan kita, umat Islam bolehlah kita tipu, tapi Allah bolehkah kita tipu?!
No comments:
Post a Comment