*M801*
Berbincanglah atau bermesyuaratlah untuk membuat kerja, janganlah berbincang-bincang atau bermesyuarat tanpa kerja, ia mensia-sia masa yang sangat berharga.
*M802*
Allah memerintah kita bermesyuarat, tapi bukan asyik bermesyuarat sahaja, selepas berazam, buatlah kerja, serahkan kepada Allah ketentuannya, apabila Allah telah menentukan, lapang dadalah menerimanya.
*M803*
Undang-undang dan peraturan itu baik untuk panduan dan pengawalan agar tidak tersalah, tapi kalau undang-undang dan peraturan itu sudah keterlaluan, dia akan menyekat kebebasan manusia, menjadikan manusia di dalam ketakutan dan serba salah.
*M804*
Kalau undang-undang dan peraturan-peraturan sahaja yang diperkemaskan, sedangkan orang yang membuat undang-undang atau peraturan, dan orang yang hendak dikenakan peraturan-peraturan undang-undang itu tidak dibaiki, peraturan-peraturan atau undang-undang itu orang akan langgar.
*M805*
Hari ini umat Islam lebih meyakini peraturan dan undang-undang otak daripada undang-undang Islam, kalaupun ada juga sedikit kebaikan yang diperolehi darinya tapi masih rugi, kerana tidak diberi pahala.
No comments:
Post a Comment