Qaedah dan aturan menyembelih oleh Almarhum Tuan Guru Haji Hasyim, Pondok Pasir Tumbuh.
1) berwuduk.
2) Cara tidak lekat lemak :
- Mata pisau disapukan dengan minyak hidung kita.
- hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
- mata pisau di kilir kan dengan belakang tapak tangan kita.
3) Cara lembut daging :
- mata pisau diletakkan pada butir halkum binatang.
- jangan duduk berbetulan antara mata pisau dengan kemaluan kita semasa menyembelih.
- tahan nafas kita waktu hendak memulakan sembelih, lepaskan nafas sewaktu menyembelih secara perlahan².
4) Cara supaya daging tidak lekas membusuk :
Baca sewaktu mula hendak menyembelih ;
بسم الله الرحمن الرحيم...
الله أكبر 3x
ولله الحمد...
اللهم ان هذا منك واليك، فتقبل منا كما تقبلته من سيدنا إبراهيم خليلك، ومن سيدنا محمد عبدك ورسولك...
اللهم اني أسألك رضاك والجنة...
5) Sesudah sembelih, sapu hujung mata pisau kepada pipi binatang supaya daging tidak dihurung lalat.
6) Jangan basuh tangan dan mata pisau sebelum binatang benar² mati.
Semoga memberi manfaat, insya Allah.
والله أعلم بالصواب
No comments:
Post a Comment