MEMAHAMI TUHAN MELALUI REAKSI-NYA


Kalaupun Tuhan itu Zat yang Agung lagi mulia tidak dapat dilihat,
Namun Tuhan itu marah atau suka dapat dirasa
Redha dan murka-Nya dapat juga dikesan
Perhatian-Nya kepada kita boleh juga dibaca
Kemaafan dan keampunan-Nya dapat dirasa
Jika bersembahyang ada lazatnya, 
Menunjukkan Tuhan ada perhatian
Tuhan juga ikut bercakap-cakap dan menjawab percakapan kita
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang, menunjukkan ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan dengan sebanyak-banyaknya
Bila kita memohon ampun jiwa kita terasa lembut,
Air mata kita pun berguguran
Insya-Allah tanda Tuhan terima taubat kita
Apabila jiwa kita gelisah tidak tentu arah,
Tanda Tuhan murka, mesti ada membuat dosa
Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah Taala telah dikurniakan kepada kita
Kalau kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah, 
Tiba-tiba Allah uji kita, tanda Allah Taala telah redha
Sama ada Allah Taala hendak membersihkan dosa atau hendak meninggikan darjatnya
Kalau kita kaya, mudah sahaja kita agih-agihkan kepada manusia,
Tanda Allah Taala memberi dengan redha
Jika setelah kaya makin berat untuk menderma dan memberi kepada empunya,
Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara istidraj atau murka

Selepas Asar
10 - 09 - 1999

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah