Perhatian: Tak perlu baca ini jika anda rasa hidup anda dah ok.
7 Sebab kenapa seseorang hilang semangat atau drive untuk bertindak luar biasa:-
1/ Matlamat terlalu kecil- anda berada zon selesa. Tidak ada tekanan. Ini bahaya. Anda mungkin akan sabotaj diri anda dengan tidak bertindak dan menunggu masalah hadir sebelum bertindak semula. Takut-takut anda sedang leka dan lalai.... Dalam bahasa lain- Lemau masuk angin!
2/ Matlamat yang tidak jelas atau matlamat sebelum ini telah capai! Atau telah lupa kenapa dan di mana anda bermula.... Yalah dah ada duit sedikit dan mampu sedikit, jadi dah lupa diri... Ada setengah tu dah mula bongkak rasa diri Tuhan. Naudzubillah...
3/ Matlamat yang tidak ditulis dan letak ditempat yang mudah nampak
4/ Matlamat yang anda tidak menjadikan anda excited untuk capainya kerana tidak jelas KENAPA ia penting untuk diri, hidup, keluarga dan orang lain. Anda juga mungkin terlalu sibuk melayan negatif dari dalam atau luar diri sehingga tidak perasan matlamat anda itu lebih penting untuk terus dicapai!
5/ Matlamat yang tidak cukup besar sehingga anda rasa senang nak capai
6/ Matlamat tidak melibatkan manfaat atau demi membahagiakan orang tersayang
7/ Matlamat tidak cukup besar sehingga memberi manfaat terlalu ramai manusia demi menjadikan anda berusaha menjadi manusia sebagaimana hadis Nabi saw- sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak manfaat kepada orang lain
*Tulis semula 101 Matlamat/Impian anda. Tulis sesuatu yang anda tidak pernah lakukan atau alami untuk dicapai. Tulis juga matlamat yang fokus membantu lebih ramai umat.
Allah swt melihat dan malaikat mencatit setiap perbuatan baik buruk kita. Semoga Allah swt gerakkan hati kita buat lebih banyak kebaikan.
Jika mencari kekayaan itu hanyalah untuk diri sendiri, anda boleh rasa syukur dan rasa cukup saat ini. Tetapi jika niat mencari kekayaan untuk dikorbankan dijalan Allah swt dan agamaNya, anda tidak boleh berhenti berusaha dengan niat untuk korbankan untuk Allah swt dan RasulNya. Jangan pentingkan diri sendiri tetapi lihat betapa ramainya manusia di sekeliling kita yang kita boleh bantu In sha Allah. Dan bantu tidak semestinya hanya dengan duit (Jika boleh baguslah!), bantu dengan ilmu, bantu dengan doa, bantu dengan khidmat atau usaha.
PS Nak share untuk ingatan diri dan orang lain silakan... Tapi buatlah tindakan untuk diri anda sekarang! Upgrade diri, ilmu dan kuasa tindakan!
#IngatanBuatDiri
#MatiItuPasti
#SoalJawabKuburItuBenar
#DanBangkitSemulaJuga
No comments:
Post a Comment