Thermoscanner


#SELALUKENATEMBAKBOLEHROSAKOTAK

Thermoscanner Memberi Kesan Pada Otak?? Laser yg digunakan mendatang kesan pada otak? 
Selalu Kena Tembak Boleh Ganggu Perkembangan Otak Kanak2? 
Kenapa tembak kat dahi, tembak laa kat tangan?

Ada org tanya, betul ka kalau selalu kena tembak suhu akan sebabkan kesan2 sedemikian? Hmn sebelum pergi lebih jauh, jom kita fahami dulu mcm mana cara thermoscanner berfungsi.

Thermoscanner merupakan alat yg berupaya mengukur suhu sesuatu permukaan tanpa perlu menyentuh permukaan berkenaan seperti thermometer biasa. Caranya adalah dengan menyerap cahaya infra merah yang dihasilkan oleh sesuatu objek. Cahaya berkenaan akan ditukarkan ke dalam bentuk tenaga elektrik yg akan diukur utk menentukan suhu permukaan berkenaan. Semakin panas suhu sesuatu permukaan, semakin tinggi cahaya inframerah yg dipancarkan, semakin tinggi tenaga elektrik yg terhasil maka semakin tinggi suhu yang dipaparkan di skrin thermoscanner berkenaan. 

Rata2 thermoscanner yang digunakan di kedai2, pasaraya2, premis kerajaan mahupun klinik dan hospital tidak menggunakan laser. Sesetengah thermoscanner menggunakan laser sebagai penanda atau maker permukaan yang hendak disukat suhunya. Laser berkenaan tidak mampu menembusi kulit kepala, tengkorak atau retina mata manusia. Kekuatannya hanya sekadar untuk menjadi penanda pada sesuatu permukaan.

Jadinya, aktiviti 'tembak menembak' yang kita dok tgk saban hari sekarang sebenarnya tidaklah menghasilkan laser yg merosak otak sebaliknya menyerap cahaya infra merah yg dipancarkan daripada badan kita. Penggunaan thermoscanner yang mematuhi piawaian sepatutnya tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan pada manusia.

Kenapa tembak kat kepala?kat tangan tak boleh ka? 

Seperti yg dijelaskan td, thermoscanner berfungsi untuk menyukat suhu permukaan sesuatu objek. Jgn kata tembak ditangan, tembak di kaki pun akan menghasilkan bacaan. Cuma harus difahami, pengukuran suhu badan memerlukan satu permukaan yg standard dan menghasilkan suhu yang stabil. Dan faktor2 lain seperti suhu persekitaran, jarak antara thermometer dgn permukaan yg hendak disukat dan jarak antara bhgn badan (muka vs tangan) dgn batang tubuh (central body) boleh mempengaruhi suhu yang hendak diukur. 

Antara bahagian badan yang menghasilkan suhu badan yang paling stabil dan tepat adalah lubang dubur. Haa jgn imagin laa mcm mana benda ni nk dibuat di pintu masuk premis sebab mmg tak praktikal langsung. Mulut, ketiak dan telinga juga antara permukaan badan yang mempunyai suhu badan yg stabil dan tepat. Namun kaedah ini melibatkan sentuhan dan pasti memakan masa. Sebab itu thermoscanner merupakan alat yang lebih praktikal kerana tidak perlu sebarang sentuhan, dan masa yang sgt singkat untuk menyukat suhu badan. Cumanya perlu dilakukan di bahagian badan yang mempunyai suhu permukaan yang lebih stabil. Suhu di bhgn muka biasanya lebih stabil berbanding suhu di bhgn tangan. Tangan biasanya menyentuh banyak objek dan suhu nya akan terkesan sekiranya menyentuh permukaan yang sejuk atau panas. Atas pertimbangan ini maka suhu di bahagian muka adalah lebih stabil dan sesuai digunakan untuk menyukat suhu permukaan badan manusia.

Kalau dah susah sgt, kenapa perlu dibuat pengambilan suhu ni? Bukan boleh kesan COVID-19 pun!.. Betul, teramat betul. Aktiviti tembak menembak ni takkan boleh sama sekali mengesan pesakit COVID-19. Ianya dibuat kerana masih ada di kalangan kita yg samada sengaja atau terpaksa keluar di rumah walaupun dlm keadaan tidak sihat. Gejala demam merupakan antara simptom COVID-19 dan jangkitan kuman lain yang berpotensi menjangkiti orang lain. Kalau semua dari kita boleh pastikan suhu badan kita  normal, dan tidak ke tempat2 awam bila demam, tak perlu pun thermoscanner ni digunakan...

https://www.mbs.news/en/2020/07/hoaks-thermo-gun-called-dangerous-for-the-brain-heres-the-fact-page-all.html

Wallahu'alam...
#sayadoktorbukanprofesor

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah