Jihad dipuji, jahat dikeji,
Engkau kumandangkan jihad, tapi yang kelihatan jahat,
Jihad dipuji, jahat dikeji,
Bagaimana boleh terjadi daripada jihad kepada jahat?
Jihad ertinya, berusaha mengajak orang yang tidak Islam masuk Islam,
Berapa ramai engkau telah Islamkan orang?
Orang yang sudah Islam berapa banyak pula, Islam mereka engkau baikkan,
Berapa orangkah Islam mereka telah meningkat dari hasil jihad engkau?
Susah engkau hendak menjawabnya bukan?!
Jihad huraiannya di dalam amalan ialah, di dalam jemaah engkau ada sistem hidup Islam,
Maksudnya di dalam jemaah engkau wujudnya sistem pendidikan Islam, sistem kekeluargaan Islam,
Ada ekonomi Islam, ada pentadbiran Islam, ada masyarakat Islam,
Ada kebudayaan Islam, ada perubatan Islam dan lain-lainnya
Kalau orang lain ingin meniru, jemaah engkaulah role modelnya,
Apakah jemaah engkau sudah boleh menjadi qudwah hasanah?
Bolehkah jemaah engkau menjadi rujukan?
Lebih-lebih lagi kalau ditanya sudahkah wujud kasih sayang dan perpaduan di dalam jemaah engkau?
Tentulah lebih susah engkau hendak menjawabnya,
Jika sistem hidup Islam tidak wujud di dalam jemaah engkau,
Apakah yang engkau perjuangkan selama ini?
Apakah erti perjuangan itu mengikut engkau bunuh orang?!
Saudara, berjuang ertinya bukan membunuh orang,
Berjuang bukan ertinya riuh rendah dan berslogan,
Berjuang ertinya hendak menyelamatkan orang,
Berjuang ertinya agar Tuhan disembah dan dicinta orang,
Sebenarnya engkau tidak berjuang selama ini,
Engkau bukan berjuang tapi penghalang,
Engkau bukan berdakwah tapi buat jenayah,
Engkau berjuang bukan membangunkan ukhwah tapi memecah belah ummah
No comments:
Post a Comment