Keluhan orang berdosa kerana dosa-dosanya, Tuhan amat suka
Lebih-lebih lagi gugurnya air matanya waktu menangis mengenangkan dosa-dosanya, memadamkan api Neraka
Takutnya kepada Tuhan kalau-kalau terbuat salah, atau takut tidak diampunkan dosa, adalah ibadah
Sedangkan orang beribadah belum tentu lagi jadi ibadah
Kerana ibadah itu mestilah dirasa oleh hati di dalam ibadahnya,
Penghayatan itu adalah kerja hati
Kalau fizik sahaja yang nampaknya
beribadah, hati tidak beribadah,
Tidak ada erti apa-apa dengan ibadahnya
Tuhan tidak pandang rangka, tapi pandang isinya
Rangka cantik macam mana sekalipun, tidak ada isi, tidak ada erti apa-apa
Rasa bertuhan dibawa ke mana-mana ini adalah ibadah batin
Pahalanya sentiasa mengalir selagi ada rasa
Rasa hamba dibawa ke mana-mana, lemah dan tiada kuasa, adalah juga ibadah batin
Rasa hamba itu itulah sifat hamba yang sebenarnya
Janganlah sifat hamba itu ditukar kepada sifat tuan atau ketuhanan
Itu sombong namanya
Dia ambil pakaian Tuhan dan dipakainya
Tuhan sangat murka
Sifat ketuanan itu ialah bangga diri, Tuhan benci
Siapalah kita manusia ini hendak rasa bangga
Takkan kita tidak sedar lemahnya diri manusia ini
Mengapa pula kita rasa ada kuasa dan bangga diri pula
Ini sikap orang yang tidak sedarkan diri
Takkan kita tidak sedar, bahawa kita ini dhaif dan lemah
Setiap saat kita perlu bantuan
Bantuan oksigen, bantuan kesihatan, bantuan kerehatan
Bantuan-bantuan yang diperlukan itu siapa yang empunya?
Takkan kita buat tidak tahu dari mana kita dapat
Kalau kita sedar ini semuanya di dalam fikiran setiap masa, atau di dalam perasaan, itulah dia ibadah
Ibadah tanpa perbuatan, ibadah batin atau ibadah rohaniah namanya
Perasaan itu atau kesedaran itu adalah diberi pahala
No comments:
Post a Comment