Pemuda Tersesat jalan

salam wrt...

perkongsian kisah pagi ini...

Seorang pemuda tersesat semasa memandu menelusuri sebuah bandar metropolitan yang tidak pernah dilaluinya.

Dia cuba mencari jalan keluar, namun semakin sesat. Di kiri dan kanannya hanya kelihatan bangunan tinggi puluhan tingkat.

Akhirnya dia berhenti di bahu jalan untuk bertanya seorang penjual surat khabar, "pak cik, jalan lurus di depan ini menuju ke mana?"

"Anak ini nak pergi ke mana?" soalan berbalas soalan.

Saya tak pasti. Oh ya pak cik, macam mana saya nak keluar dari bandar ini? Saya orang baru di sini. Saya pening dengan jalan sehala dan saya dah x faham jalan untuk berpatah balik."

"Anak ini nak menuju ke mana?" Pak cik itu masih tetap dengan soalannya.

Pemuda tersebut melilau-lilau menoleh ke kanan dan kiri, seolah memikirkan sesuatu.

"Macam mana saya hendak menuju ke lebuh raya terdekat?" tanya anak muda itu pula.

"Anak ini sebenarnya nak ke mana?"

"Sebenarnya, saya tak pasti ke mana destinasi saya..."

"Kalau begitu, kamu ambil mana-mana jalan yang kamu suka."
-----------------------------------

Tanpa matlamat akhir, kita tidak akan ke mana-mana. tanpa matlamat akhir juga, kita tidak akan menyusun strategi padu untuk menuju matlamat tersebut.


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah