MEMBAIKI DIRI UNTUK MENJADI RIJALULLAH

Membaiki diri ialah untuk menjadi rijalullah
Menjadi orang Allah lebih tajam daripada pedang yang paling tajam
Menjadi rijalullah lebih berkesan daripada senjata yang amat canggih
Rezekinya dijamin Tuhan sekalipun kurang berusaha
Doanya boleh menggoncangkan dunia
Ke mana pergi di mana sahaja berada, Tuhanlah yang menjaga dan memelihara
Walaupun ada ujian, tapi rahmat dan bantuan Tuhan lebih lagi berlipat-lipat ganda
Walaupun bilangannya sedikit tapi terasa kuat dan hebat
Di dalam perjuangan diberi jaminan dengan kemenangan
Kalau ditakdirkan Tuhan mematikannya di dalam perjuangan,
Dipastikan oleh Tuhan mendapat syahid
Dosa-dosanya diampunkan Tuhan
Darjatnya ditinggikan Tuhan
Bahkan boleh diizinkan memberi syafaat siapa yang dia suka
Kepada mereka diberi berkat
Keberkatannya orang lain dapat sama merasa
Sekalipun orang kafir pun dapat berkatnya
Begitulah istimewanya orang Tuhan
Oleh itu di dalam perjuangan, membaiki diri lebih utama
Itulah strategi yang paling ampuh
Kemudian barulah susun strategi yang boleh difikirkan
Untuk lebih sempurna dan berkesan

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah