PANDANGLAH BESAR DOSA ITU


Pandanglah dosa itu amat besarnya sekalipun dosa kecil sahaja
Kerana kalau Allah tidak ampunkan, ia tetap ke Neraka
Dosa adalah kemurkaan Tuhan
Selagi di dalam kemurkaan-Nya, menjadi hijab pada seseorang hamba
Oleh itu jika terbuat dosa, cepat-cepat memohon ampun kepada-Nya
Kalau tidak, ia tetap menjadi hijab untuk mendapat hidayah daripada-Nya
Rahmat dan kasih sayang-Nya terputus darinya
Tapi mungkin kita tidak terasa
Selagi di dalam dosa, tetap di dalam kemurkaan Tuhan
Selama di dalam kemurkaan Tuhan, segala yang diberi adalah istidraj dari-Nya
Atau sepanjang masa itu, apa yang diberi adalah di dalam kemurkaan-Nya
Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-Nya
Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya
Bila sudah hilang keberkatannya,
Ia akan menjadi bala kepada hamba-Nya
Ketenangan tidak ada, keharmonian rumah tangga hilang
Jiwa sentiasa sahaja hendak berang
Walaupun kaya, macam ada benda yang tidak ada
Sekalipun pandai, jiwa panas, gelisah sahaja
Apa sahaja yang dibuat rasa serba tidak kena
Gelak ketawanya hanya pura-pura
Bila keseorangan, jiwa gelisah mula tiba
Keseronokannya hanya luar-luarnya sahaja, dalam menderita
Begitulah kesan dari dosa yang tidak dibersihkan

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah