PATUTNYA ENGKAU DISEMBAH


Ya Allah! 
Kerana terlalu banyaknya rahmat dan nikmat-Mu
Melimpah-ruahnya kurniaan-Mu setiap waktu
Payah lidah hendak menyebutnya
Tidak mampu hendak menghitungnya
Sekalipun dengan alat yang canggih
Kalaulah takdirnya Engkau tidak wujudkan Syurga dan Neraka,
Bahkan kalau sekiranya Engkau tidak mewajibkan kepada hamba-hamba-Mu menyembah-Mu,
Namun bagi hati yang murni, fitrah yang suci
Jiwa tetap rasa bersalah jika Engkau tidak disembah
Fitrah semula jadi merasa tidak patut kalau Engkau tidak disembah
Bahkan hati ini tetap merasa bersalah jika tidak membesar dan mengagungkan-Mu
Betapa pulalah Engkau telah mewajibkan hamba-hamba-Mu menyembah-Mu
Lebih patut lagilah Engkau diagung dan disembah
Kerana itulah siapa sahaja tidak menyembah-Mu,
Melupakan, tidak mengingati dan membesarkan-Mu,
Jiwa orang ini sentiasa gelisah
Jiwa tidak tenang, resah tidak menentu arah
Kerana fitrah, itu tabiatnya,
Secara kita tidak sedar tetap rasa bersalah
Lantaran itulah kita boleh lihat di dalam pergaulan kita
Jika seseorang itu tidak mempedulikan Allah,
Sekalipun kaya, berkuasa, berilmu
Namun jiwanya sentiasa gelisah
Dia akan jadi orang pemarah
Atau emosinya tinggi
Mudah sahaja tersinggung dan marah-marah

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah