Takutkan Tuhan atau cinta kepada-Nya boleh melembutkan hati
Lembutnya hati, mazmumah boleh mati
Tidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepada-Nya,
Hati buta atau mati
Bila hati buta atau mati,
Nafsulah yang akan menjadi raja di dalam diri
Nafsu menjadi raja diri akan bermaharajalela
Dia akan mendorong manusia membuat apa sahaja
Kejahatan nafsu itu dahsyat
Jika ia telah bermaharajalela, ia akan jadi air bah melanda apa sahaja
Ia juga akan jadi angin yang menggila memusnah segala benda
Atau dia akan jadi api membakar setiap yang ada
Aduh, dahsyatnya nafsu manusia jika tidak dijaga
Kejahatannya, manusia mati, cacat dan luka
Harta benda musnah, bangunan yang tinggi runtuh, segala yang indah punah
Binatang-binatang yang tidak berdosa juga ikut punah-ranah
Tanam-tanaman untuk makanan manusia turut musnah
Aduh! Jahatnya nafsu,
Runtuh rumahtangga
Pecah persaudaraan, musnah kasih sayang
Aduh! Jahatnya nafsu
Manusia berkrisis dan berperang
Berkelahi dan berbunuh-bunuhan
Zina lumrah berlaku, rogol dan pencabulan merobek-robek maruah manusia
Aduh! Merbahayanya nafsu,
Musnah perikemanusiaan
No comments:
Post a Comment