MUSUH KETATKU ADA DUA



Tuhan! Musuh ketatku ada dua
Yang kedua-duanya tidak nampak oleh mata
Syaitan dan nafsuku
Musuh yang paling hampir dan amat merbahaya ialah nafsu
Nafsu adalah sebahagian daripada diriku
Ia lebih merbahaya daripada syaitan yang terkutuk
Kerana dia adalah jalan atau lorong bagi syaitan
Ertinya syaitan tidak akan dapat menyesatkan manusia kalau bukan kerjasama nafsu
Nafsu boleh juga dikatakan tali barut syaitan
Sedangkan syaitan dan nafsu networknya terlalu banyak
Bukan senang hendak dikesan
Jebak dan perangkapnya terlalu banyak yang direntang di sekeliling kehidupan insan
Siapalah yang boleh terlepas daripada jebaknya?
Siapalah yang boleh selamat daripada termasuk di dalam perangkapnya?
Aku tidak mungkin boleh mengawal dan menjaga diriku sendiri?
Daripada terjebak dan terperangkap di dalam jaringnya
Kecuali kawalan dan pemeliharaan daripada-Mu Tuhan
Engkaulah yang boleh menjaga dan menolong aku daripada termasuk ke dalam perangkapnya
Oleh itu aku memohon dengan Rahmat-Mu Tuhan!
Jagalah aku, peliharalah aku, lindungilah aku
Agar aku terselamat daripada tipu daya nafsu dan syaitan
Aku berlindung dengan-Mu Tuhan daripada kejahatan syaitan
Dan aku juga berlindung dengan-Mu Tuhan
Daripada kejahatan nafsuku
Engkau sajalah yang boleh menyelamatkan aku
Selamatkanlah aku Tuhan

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah