[ SAYA NAK BERUBAH TAPI .. ]
Ini antara luahan yang selalu saya dapat di private message. Nak berubah menjadi lebih baik dari yang sedia ada TAPI mesti ada TAPI.
Dulu saya macam tu juga, ada TAPI dalam perjalanan untuk berubah menjadi lebih baik. Saya yang sekarang tak baik lagi cuma setiap orang mengimpikan KEBAIKAN dalam hidupnya dari hari demi hari.
Bila selalu sangat ada TAPI, saya mula wujudkan persoalan "SAMPAI BILA AKU NAK BERALASAN?"
Kemudian Allah hadirkan saya dengan seorang hamba Allah yang bernama achik. Sahabat yang duduk sebelah bilik saya masa di asrama Politeknik Seberang Perai, Semesta 1. Achik yang seorang berwajah manis, mudah senyum dan peramah datang kebilik saya berceritakan tentang pengalaman beliau bekerja di sebuah kedai yang mana majikannya menetapkan syarat kepada pekerjanya supa memakai stokin kaki.
Saya mendengar dengan penuh minat tanpa memotong setiap patah yang diceritakan oleh achik.
Kami bersembang lama. Selepas dari malam itu saya sering memikirkan tentang aurat saya.. AURAT, AURAT , AURAT yang mana ketika itu saya tak tahu kaki juga AURAT. Saya akui saya jahil pada suatu ketika dahulu dan sekarang bertambah2 jahil bila belajar ilmu/perkara baru.
Disebabkan saya telah terdetik nak berubah, maka ujian TAPI itu hadir. Aku nak berubah TAPI, TAPI, TAPI.
Sampai satu ketika saya buang TAPI itu dan saya cakap "SLOW & STEADY".
Hari rabu saya ke pusat Islam, berbaju kurung, bertudung bawal tidak bersilang. Sampai saja saya dalam pusat islam, kawan2 kelas saya pandang saya dan salah seorang dari mereka gelakkan saya "Wahh... along pakai baju kurung, lepas ni jadi geng kak t la dia"
Saya tak ambil peduli sebab saya suka dia sakat saya. Boleh bergurau. Saya suka. Hari khamis saya pergi lagi pusat islam dengan menambah satu lagi "aksesori" iaitu stokin kaki. Sekali lagi saya di sakat. Saya suka cuma pada hari itu saya sedikit terkesan dengan gurauan sahabat. Maka malam itu saya balik bilik dan text kawan baik saya sambil bercerita sedikit tentang luahan hati. Dia berikan kata2 positif.
Saya sedikit takut menghadapi perkara yang belum jadi namun begitu saya TEKAD untuk lakukan perubahan dalam diri saya sedikit demi sedikit.
Hanya disebabkan TAPI saya telah menangguhkan nikmat teguran Allah.
Hanya disebabkan TAPI saya telah mensia-siakan waktu saya.
Hanya disebabkan TAPI saya semakin jahil.
Hanya disebabkan TAPI saya lupa akan KEMATIAN.
Hanya disebabkan TAPI saya cintakan dunia.
Hanya disebabkan TAPI saya leka dengan dosa dan noda.
Hanya disebabkan TAPI saya TELAH menyumbangkan DOSA kepada mereka yang melihat AURAT saya.
Oleh itu wahai pembaca, BUANGLAH TAPI anda dan lakukan perubahan. Perubahan yang baik bukanlah PERUBAHAN yang sementara. :)
Salam sahabat,
Ana Aufiah
No comments:
Post a Comment