termo


Walaupun nama dia temperature gun, dia tak tembak apa-apa pun.

Temperature gun atau infrared thermometer yang *tit* kat dahi kita tu, tak keluarkan radiation pun. Sebaliknya, dia absorb radiation daripada dahi kita untuk dapatkan suhu.

Kalau temperature gun yang jenis ada laser tu je yang emit radiation daripada laser, tapi laser tu digunakan untuk aim je. Jenis laser thermometer ni selalunya untuk kegunaan industri je, yang kat supermarket, sekolah, kedai tu takde laser pun.

"Apa? Dahi aku ada radiation??"

Ye. 

Setiap benda yang bersuhu lebih tinggi dari absolute zero (0K, -273°C) emit radiation disebabkan pergerakan atom atau molekul. Kita tak nampak radiation ni macam kita nampak laser, api atau lampu sebab berada pada jarak gelombang infrared, iaitu lebih pendek dari gelombang warna merah dalam spektrum cahaya.

Black-body radiation nama dia.

Bila orang tala temperature gun ke dahi, dia tengah kumpul radiation ni dari dahi kita, fokus melalui kanta ke sensor dalam muncung gun yang dipanggil thermopile. 

Thermopile ni tukar tenaga radiation ni ke tenaga haba dan seterusnya ke tenaga elektrik yang jadi signal untuk ukur suhu badan.

"Tipuuuu! Dah kenapa 'tembak' di dahi pulak?"

Sebab nak biulkan kau.

Dahi adalah antara bahagian tubuh yang boleh dapatkan suhu badan dengan cepat dan tepat. Sebab tu kalau nak tau demam ke tak orang letak tapak tangan dekat dahi. Tak pun letak dekat leher.

Nak suhu lagi tepat, tembak dalam lubang telinga macam klinik selalu buat tu. Nak tepat lagi, letak termometer bebuli tu dekat celah ketiak.

Paling tepat, lubang bontot pakai rectal termometer.

Maka, tak payahlah mengada sangat tak mau orang 'tembak' ke dahi konon takut radiation sampai ke otak. 

Jangan risau. Sebab kalau kita takut, memang takkan sampai lah ke otak.

Sebab mungkin otak tu dah takde. 

😛

Tldr: panjang sangat, lukis je lah.

Malas. aku bagi gambar gugel je lah.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah