KENALILAH ALLAH


Kenalilah Allah engkau akan cinta kepada-Nya
Kenalilah Dia engkau akan takut kepada-Nya
Kenalilah Tuhan pencipta kita
Kita akan redha ketentuan dari-Nya
Kenalilah Allah, kita akan sabar kerana-Nya
Kenalilah Dia kita akan bersyukur kepada-Nya
Kenalilah Tuhan kita akan berkorban untuk-Nya
Kenalilah Allah, kita akan taat kepada-Nya
Taat kita kepada-Nya itulah keselamatan kita
Kenalilah Dia yang menjaga kita
Bahkan Tuhan menjaga seluruh keperluan kita
Kenalilah Allah agar kita perlu kepada-Nya
Tuhan adalah segala-galanya buat kita semua
Kenalilah Tuhan agar hidup mati kita kerana-Nya
Kita akan merasa bertuhan setiap masa
Kita ada kawan yang setia membela kita
Begitulah rasa kehambaan setiap hamba
Apabila dia kenal sungguh Tuhannya

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah