SIKAP SEORANG HAMBA


Seorang hamba menyembah Allah Taala tanda dia hamba
Hamba patut memperhambakan diri kepada-Nya
Seorang hamba meminta dan memohon kepada Tuhan kerana lemah
Dan bukti dia lemah, perlu meminta dan mengadu kepada TuhanYang Maha Kaya dan Berkuasa
Disuruh sabar kerana itulah mujahadah
Kerana inginkan keredhaan Allah
Disuruh redha kerana inginkan baik sangka kepada-Nya
Jahat sangka tidak patut bagi seorang hamba
Melupakan apa sahaja ujian dari Allah
Ini adalah darjat yang paling tinggi selain nabi dan rasul
Disuruh bertawakal agar menyerahkan nasib kepada Tuhan yang Maha Tahu dan Maha Berhikmah
Di samping hati lapang dan tenang,
Keluh-kesah adalah dilarang
Disuruh berkasih sayang kerana Tuhan itu kasih sayang dengan hamba-hamba-Nya
Sedangkan Tuhan boleh kasih kepada hamba-hamba-Nya
Mengapa kita tidak boleh memberi kasih sayang sesama hamba
Kita disuruh pemurah sesama makhluk Allah
Bukankah Allah pemurah dengan kita setiap masa?
Disuruh takut kepada Allah, itulah perisai kita
Di samping nasib kita di tangan-Nya,
Tidak tahu bagaimana kesudahannya
Nasib kita ibarat telur di hujung tanduk
Mudah sahaja tergelincir jatuh
Ingatlah rahmat Allah kepada kita, banyak salurannya
Agar tindakan kita ada perimbangan antara harap dengan takut


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah