MELUPAKAN DOSA ADALAH SATU DOSA



Melupakan dosa adalah satu dosa
Kemudian tidak pun takut dengan dosa yang telah dibuat, adalah satu dosa pula
Kalau berbangga dengan dosa, itu lebih-lebih lagi kesalahan itu bertambah membesar
Dosa itu bertambah besar dan bertimbun-timbun pula
Jika tidak takut dengan dosa, sekalipun belum berbuat pun satu dosa, satu kesalahan
Yang belum melakukannya satu kesalahan juga
Dosa itu bukan kerana sudah membuat kesalahan atau dosa
Tapi kerana tidak takut atau tidak bimbang terbuat dosa, adalah satu kesalahan pula
Sebagai seorang hamba, sepatutnya sentiasa takut dengan dosa
Sekalipun belum terbuat dosa
Begitulah sifat seorang hamba yang sepatutnya
Apatah lagi setelah membuat dosa
Lebih-lebih lagi takutnya membara dan jiwanya keluh-kesah dan hatinya dukacita
Melupakan dosa, tidak takut dengan dosa yang dibuat
Dan tidak takut dengan dosa yang belum dibuat,
Adalah seorang hamba yang sombong dan angkuh
Kerana dia telah membuang sifat kehambaannya
Membuang sifat kehambaan adalah satu kesombongan
Sombong bererti membesarkan diri
Membesarkan diri adalah satu kesalahan atau satu dosa
Kerana dia telah mengambil sifat Tuhan
Yang tidak sepatutnya dia memakai sifat itu
Itu adalah pantang larang Tuhan yang tidak patut dipakai oleh seorang hamba


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah