Ibadah sebanyak mana pun, tidak ada nilai di sisi Allah Taala, kalau mazmumah masih bersarang di dalam hati
Sedikit ibadah pun tidak mengapa, asalkan yang fardhu tidak ditinggalkan, tapi mazmumah dapat disembuhkan
Mazmumah itulah yang memudharatkan diri dan orang kerana nafsu yang belum terdidik
Nafsu yang belum terdidik, mazmumahlah yang menguasai diri seseorang
Apalah erti ibadah kalau mazmumah masih bermaharajalela merosakkan orang
Ibadah banyak, masih lagi pemarah, hasad, demdam, tamak, sombong, riyak, ujub, cinta dunia, ingin nama, glamor
Tujuan ibadah adalah untuk mengubat penyakit batin yang memusnah
Ibadah yang di hayati, boleh mendidik nafsu yang liar yang menjadi bala bencana kepada dunia
Ibarat penyakit, makan berbagai-bagai jenis ubat tapi tidak menghilangkan penyakit
Tujuan makan ubat untuk menghilangkan penyakit badan
Begitulah ibadah yang berbagai-bagai jenis untuk mengubat mazmumah nafsu yang ganas
Ibadah dibuat, nafsu masih berpenyakit
Ibadah tidak ada nilai di sisi Allah
Itulah lumrah berlaku di zaman ini
Didalam mengerjakan ibadah, mazmumah masih mengganas
Kerana itulah kita tidak hairan, adakalanya, di masjid itulah sumber kejahatan
Kerana orang yang bersembahyang, masih membawa penyakit batin, yang memecah- belahkan perpaduan
Orang yang bersembahyang merenggangkan persaudaraan
Akibatnya umat Islam sudah tidak dihormati orang
No comments:
Post a Comment