SERIUS DENGAN TUHAN


Ada orang setelah dia dapat menunaikan yang fardhu dan yang sunat secara lahir,
Dapat pula meninggalkan maksiat secara lahir di dalam kehidupannya,
Dia merasakan bahawa dia telah serius dengan Tuhan
Dia sebenarnya belum serius dengan Tuhan Penciptanya
Orang yang serius dengan Tuhan disertakan sekali sentiasa takut dengan-Nya
Hatinya sentiasa bergelombang dengan kebimbangan
Setiap kali selepas mengerjakan ibadah,
Hatinya rasa kesal kerana dirasakan ibadahnya tidak sempurna
Dia pun memohon ampun kepada Tuhan
Lebih-lebih lagi sekali-sekala terbuat dosa
Aduh, jiwanya sangat derita
Kerana terbuat dosa dia pun bersedekah
Atau berkhidmat kepada ibu atau guru atau kawan-kawannya
Atau membaca Al Quran atau dia berzikir
Atau berselawat sekian-sekian banyaknya untuk ibu bapa atau gurunya
Jika amalan kebiasaannya tertinggal, dia gelisah
Dia mesti bayar umpamanya menghadiahkan Fatihah
Atau selawat dan lain-lain lagi kepada gurunya
Atau hari itu dia bersedekah atau berkhidmat dengan manusia
Fikirannya sentiasa ke hadapan
Apalagilah kebaikan yang hendak dicetuskan
Kalau dia masbuk sahaja dengan imam,
Hatinya tidak tenang pada hari itu
Untuk memujuk hatinya dia akan bayar dengan sedekah
Atau sembahyang sunat atau khidmat dan mendoakan gurunya
Kalau dia hendak membuat kerja yang besar atau apa-apa hajat,
Dia mesti mengadu dengan Tuhan terlebih dahulu
Ia akan bertawasul dengan gurunya
Setiap kali dia membuat kejahatan,
Dia akan tutup dengan membuat kebaikan
Di samping hatinya sedih dan terseksa
Dia tidak boleh mendengar ada orang yang susah
Hatinya gelisah dan dia mesti berusaha menolongnya
Kalau dia bersalah cepat-cepat memohon maaf
Dan memberi maaf di atas kesalahan orang kepadanya
Begitulah orang yang serius dengan Tuhan


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah