Suburkan Rasa Bertuhan


Kalau seorang hamba itu merasa kebesaran dan kehebatan Allah Taala,
bagaimana besar dan tinggi kedudukannya, dia rasa tenggelam di dalam kebesaran Allah Taala.
Maka dia tidak akan merasa lagi dirinya ego dan besar.
Jika seorang hamba itu merasa kasih sayang dan rahmat Allah Taala setiap masa,
di waktu itu cintanya kepada Allah Taala pun berbunga.
Begitulah kalau seorang hamba itu merasakan setiap rezeki dan nikmat itu daripada Allah Taala,
bukan sahaja dia akan bersyukur,
bahkan dia sentiasa malu dengan Tuhan.
Juga kalau seorang hamba itu sentiasa merasa kuasa Tuhan dan kehendak-Nya sentiasa menguasai dirinya,
dia sentiasa rasa takut dan hebat kepada Allah.
Seterusnya seorang hamba itu sentiasa sedar Tuhan selalu mengetahui, melihat dan mendengarnya,
dia sentiasa rasa hina dan merendah diri kepada-Nya,
Sentiasa takut hendak melanggar perintah-Nya.
Sentiasa beradab kepada Tuhan Penciptanya.
Kalau seorang hamba itu merasakan pemurahnya Tuhan terhadap hamba-hamba-Nya,
dia akan bersyukur selalu, malu setiap waktu.
Itulah perlunya seorang hamba itu rasa bertuhan.
Agar sifat-sifat hamba ini dapat dikekalkan setiap masa.
Bila rasa bertuhan subur selalu di dalam jiwa,
inilah dia pengawal, penjaga dirinya.
Suburkanlah selalu rasa bertuhan.
Agar kita boleh jaga diri. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah