Bertimbang rasa, salah satu daripada sifat perikemanusiaan.
Bertimbang rasa, menimbang perasaan orang lain berdasarkan perasaan kita.
Fitrah manusia adalah sama.
Perasaan adalah fitrah manusia.
Kalau kita sensitif dengan perasaan manusia, berdasarkan perasaan kita,
kita sangat bertimbang rasa kepada semua manusia.
Untuk dapat difaham, saya membawa beberapa contoh, berdasarkan perasaan kita.
Kita tidak suka orang sombong dengan kita, sepatutnya kita tidak sombong pula dengan manusia, mereka juga tidak suka.
Orang bercakap kasar dengan kita, kita tidak suka. Logiknya kita tidak suka bercakap kasar dengan mereka.
Kita tidak suka orang memerli-merli dan menyindir-nyindir kita, tentulah sepatutnya kita tidak akan lakukan kepada manusia.
Orang hasad dengki dengan kita, kita tidak suka, sepatutnya kita tidak suka berhasad dengki dengan sesiapa.
Begitu juga kita tidak suka orang menghina kita, kita juga sepatutnya tidak suka menghina orang.
Dibawa lagi beberapa contoh di sini.
Di waktu kita susah, kita suka ada orang menolongnya, sepatutnya tentulah kita suka pula menolong manusia.
Kita suka orang memberi maaf kepada kita, sepatutnya kita juga suka sekali memberi maaf kepada mereka.
Perasaan manusia sama.
Orang pemurah kepada kita, kita suka, sepatutnya kita suka pemurah dengan manusia.
Orang boleh membuat baik kepada manusia lain berdasarkan dorongan perasaan hatinya, kerana perasaan manusia sama.
Itulah dia yang dikatakan tinggi perikemanusiaannya.
Perlu di ingatkan, membuat baik atas dasar perikemanusiaan semata-mata pahalanya tidak ada.
Pahala didapati mesti perasaan dan dorongan itu atas dasar iman.
Dia membuat kerana perintah Tuhannya yang Maha Esa lagi Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Seseorang itu baik berdasarkan perikemanusiaan,
itu adalah baik berdasarkan fitrah semulajadi.
Kalau ia tidak ditunjang oleh iman, pahalanya tidak ada, di Akhirat masuk Neraka.
Oleh itu, kebaikan itu biarlah berdasarkan iman, bukan berdasarkan perikemanusiaan atau perasaan semata-mata.
Di akhir zaman ini, kebaikan atas dasar kemanusiaan pun sudah tidak ada.
No comments:
Post a Comment