*M231*
Di akhir zaman, orang yang melaksanakan kebenaran akan tersisih dan tersingkir.
Orang yang melaksanakan kepalsuan atau kebatilan akan tertonjol dan mendapat kedudukan.
*M232*
Lumrah berlaku di akhir zaman ini, para ulama lebih menyenangi kalau orang politik diikuti orang daripada salah seorang mereka diikuti orang.
*M233*
Yang mengelirukan orang awam di akhir zaman ini ialah hampir semua golongan menyebut Islam.
Orang munafik yang jahil tentang Islam pun menyampaikan Islam,
yang dasar perjuangannya tidak mengikut Islam pun memperkatakan Islam,
orang kafir pun mengajarkan Islam.
*M234*
Di akhir zaman ini, kebanyakan orang-orang Islam berjuang bukan berdasarkan Islam
tapi berjuang sama ada ingin menyampaikan kemerdekaan atau ingin lepas daripada penzaliman dan penindasan, berdasarkan ideologi sama ada berdasarkan nasionalisma,
atau sosialisma atau pragmatisma.
Kemudian apabila mati kerana perjuangannya, dianggap syahid. Semua golongan mengaku sebagai pejuang Islam.
*M235*
Hidup di akhir zaman, hidup berpura-pura jadi budaya.
Pemimpin senyumnya dibuat-buat kerana ingin undi,
bantuannya ada udang di sebalik batu.
Rakyat taatkan pemimpin kerana takut bukan kerana hormat.
Isteri taatkan duit dan kedudukan suami, bukan suaminya.
Suami buat-buat simpati dengan isteri kerana takut dengan kerenahnya.
Orang rapat di waktu berada, bila papa hilang entah ke mana.
Guru perlukan murid kerana ada hubungan dengan duit.
Murid perlukan guru kerana inginkan ilmu demi masa depan.
No comments:
Post a Comment