*M171*
Banyak orang Islam memandang iman itu sekadar mempelajari atau menghafal rukun iman.
Dia tidak nampak yang lebih mendalam dari itu,
maka mereka merasakan peranan iman itu tidak sejauh mana pun.
Oleh kerana itulah di zaman ini kalau kita menyebut tentang iman boleh menyelesaikan masalah hidup,
akan jadi bahan perli sahaja,
atau acuh tak acuh mendengarnya,
atau akan memandang dengan sinis.
*M172*
Kaedah yang bukan syariat atau apa-apa disiplin yang bukan syariat jika diamalkan akan lahir side effect yang negatif,
seperti kalau boleh membangun, akhlak pula rosak.
Boleh dapat ilmu, akan diperolehi sama sifat-sifat mazmumah, seperti sombong.
Ekonomi berkembang, banyak orang yang tertindas.
Banyak industri, berlaku pencemaran alam.
*M173*
Banyak manusia bila ada jawatan, aktif membuat kerja-kerja masyarakat.
Apabila tidak ada jawatan, dia menghilangkan diri entah ke mana perginya,
tanda kerja-kerjanya dahulu untuk kepentingan peribadi.
*M174*
Susah kita mencari kawan di zaman ini,
kerana sifat seorang kawan itu jika kita bersalah dibetulkannya.
Jika kita betul, dia rasa gembira sama.
Kesilapan kita dimaafkannya,
keburukan kita ditutupnya.
Kesusahan kita, dia berusaha mengatasinya.
*M175*
Apabila kita beragama, meriah di luar rumah, sunyi sepi di dalam rumah,
tanda kita beragama kerana mencari nama, bukan dari hati yang ikhlas.
No comments:
Post a Comment