Fahaman Individualisme




Faham individualisme sangat bahaya.
Jika hidup, kepentingan diri menjadi budaya.
Orang yang berfaham begini, berkawan tidak akan setia apabila tidak ada kepentingannya.
Dia boleh tikam kawan seiring di dalam perjuangannya.
Orang yang berfaham individualisme tidak boleh dipercayai.
Kerana kepentingan diri, keluarga boleh dikhianati.
Yang penting dia berjaya.
Kalau dia berfaham nasionalisme, dia boleh khianat dengan bangsanya.
Jika dia ada berpegang dengan sesuatu ideologi, dia boleh korbankan ideologinya.
Sekiranya dia beragama, dia boleh jual agamanya kerana kepentingannya.
Orang yang individualistik ini dia berjuang dengan sesuatu fahaman.
Bukan dia hendak memperjuangkan fahamannya,
tapi hendak memperalatkan perjuangan itu untuk kepentingannya.
Orang yang tidak prihatin payah hendak dapat mengesannya.
Kecuali orang yang halus perhatiannya.
Orang ini sangat licik dan bijaksana.
Dia pandai buat-buat sibuk di dalam perjuangan.
Tapi bukan untuk cita-cita perjuangan.
Ada tujuan peribadi di dalam perjuangan.
Sikapnya macam orang munafik, hidup pura-pura budayanya.
Di dalam satu perjuangan, dia boleh bekerjasama secara senyap-senyap dengan  musuh-musuhnya.
Faham individualisme ini memang sangat bahayanya.
Ia adalah ular di dalam selimut yang bahaya, yang bila-bila masa dia boleh mematuknya.
Kalaulah ramai orang berfahaman begini di dalam satu jemaah, akibatnya peribadi kaya tapi jemaahnya papa kedana.
Di akhir zaman ini banyak berlaku di dalam apa pun perjuangan.
Individunya kaya, partinya tidak ada apa-apa, sekalipun partinya berkuasa.
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah