*M151*
Seorang yang lemah melaksanakan syariat,
adakalanya dia lebih baik daripada orang yang lahirnya sempurna syariat,
apabila orang yang bersyariat itu lebih banyak mengumpat terhadap orang yang agak lemah syariatnya.
*M152*
Selalunya orang yang memandang besar dengan amal ibadahnya banyak, datanglah ujub, riyak dan sombong dengan amal ibadahnya itu.
Dia telah melupakan Allah kerana mengingat amal kebajikannya.
*M153*
Orang yang bergantung kepada amal ibadah,
ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.
*M154*
Setelah kamu beramal ibadah,
lupakan saja amalan-amalan itu kerana dua sebab.
Pertama, kalau dapat disempurnakan, ia bukan kepunyaanmu, ia kepunyaan Allah.
Kedua, kalau kamu beramal tidak sempurna, maka amalan itu telah tertolak, ertinya tidak ada amalan kamu.
*M155*
Jika dalam sembahyang, hati tidak terhubung dengan Allah,
sudah pasti di luar sembahyang lebih payah.
No comments:
Post a Comment