*M236*
Di akhir zaman, di zaman moden ini, kemiskinan lebih banyak disebut daripada Neraka,
kecemerlangannya lebih banyak disebut daripada Syurga.
Taat dengan pemerintah lebih banyak disebut daripada taatkan Allah dan Rasul.
Masa tua lebih diambil berat, daripada masa selepas mati.
Bersungguh-sungguh belajar lebih ditekankan daripada bersungguh-sungguh bersembahyang.
*M237*
Zaman sekarang ini, umat Islam rata-rata tidak takut dengan kekufuran dan kefasikan atau kemunafikan.
Yang mereka takutkan sangat ialah kemiskinan.
*M238*
Di dalam Islam disuruh korbankan harta, jawatan, tenaga, nyawa untuk mendapatkan iman.
Zaman sekarang kebanyakan umat Islam korbankan iman untuk mendapatkan harta, jawatan dan mempertahankan nyawa.
*M239*
Zaman sekarang, iman, Islam, Akhirat,
sebagai penyedap cakap sahaja, bukan satu keyakinan dan matlamat hidup yang dibanggakan. Justeru itulah ia diperkatakan sambil lewa sahaja.
*M240*
Di akhir zaman, kebaikan pemimpin atau orang besar nampak lahirnya di muka orang ramai dimuliakan tapi di belakang mereka dihinakan kerana mereka tidak di hati orang ramai.
No comments:
Post a Comment