*M226*
Banyak orang memandang gejala masyarakat berlaku disebabkan faktor-faktor luar.
Jarang orang melihat berpunca daripada faktor dalaman iaitu nafsu.
Faktor luaran itu hanya penyubur sahaja atau penentu.
*M227*
Orang yang paling tidak kenal nafsunya ialah orang yang sudah dihanyutkan oleh nafsunya.
Dan orang yang paling kenal hatinya ialah orang yang paling banyak dipimpin oleh hatinya.
*M228*
Satu perkara yang dibuat dari jiwa ia menggembirakan, lebih-lebih lagi apabila berjaya.
Jika dibuat secara terpaksa, ia menyeksakan. Apabila gagal, lagi mengecewakan.
*M229*
Maksiat hati; kerana ia bersifat maknawiah dan rohaniah yang tidak dapat dilihat oleh mata, yang susah hendak difikirkan oleh akal; selalu saja terabai dan terbiar.
Tidak ada orang bahkan yang punya diri sekalipun sibuk-sibuk hendak membanteras gejala-gejala hati ini.
Padahal penyakit masyarakat, pokoknya dari sini.
Kalau penyakit masyarakat saja yang hendak dibanteras,
ibarat pokok kayu yang merbahaya, hanya kita buang daun-daun dan ranting-ranting sahaja, sedangkan pokoknya masih dibiar hidup.
*M230*
Di dalam Islam disuruh menyembunyikan kebaikan, juga jangan menyebut-nyebutnya, apatah lagi minta dibalas.
Di akhir zaman ini kebaikan dijadikan publisiti, kebaikan disebut-sebut, minta dibalas budi. Tanda buat kebaikan untuk diri, bukan untuk Rabbul 'Izzati.
No comments:
Post a Comment